Nita..

Nita..

Sabtu, 09 Oktober 2010

Teknik Promosi Mudah Dapat Membantu Anda Menjimatkan Masa Dalam Melakukan Promosi Dan Terbukti Berkesan

Teknik Promosi Mudah Dapat Membantu Anda Menjimatkan Masa Dalam Melakukan Promosi Dan Terbukti Berkesan



Salam untuk sahabat-sahabat semua,
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Rizal Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan "Rizal Ahmad".
Saya mula diperkenalkan dengan cara mencari duit di internet ni pada tahun 2005 dan telah berkecimpung sepenuh masa pada Mei 2008. Pada masa itu saya terlibat dalam perniagaan internet setelah menyedari kuasa internet di Malaysia terutamanya area Lembah Klang. Saya dan adik saya telah menubuhkan satu syarikat bernama Ilham Vision kepakaran dalam bidang membuat lukisan perspektif, 3D animation dan building model. Cara promosi yang kami gunakan 70% melalui internet. Selama sebulan kami buat promosi sambutannya agak menggalakkan terutamanya dari syarikat-syarikat perumahan yang besar.

Mengapa teknik promosi amat penting?

Bagi usahawan-usahawan internet atau yang melakukan pemasaran produk melalui internet promosi adalah segala-galanya. Jika anda mempunyai produk sehebat mana pun dan website secanggih manapun tetapi tidak mempunyai teknik promosi yang sesuai akan jadi sia-sia.
Walaupun promosi adalah langkah yang terakhir setelah anda hasilkan produk dan website jualan. Ia merupakan satu langkah yang AMAT PENTING dan seringkali diabaikan perkara ini.

Mengapa ini berlaku?

Ini kerana kebanyakan usahawan-usahawan yang menjalankan perniagaan di internet adalah di kalangan mereka yang masih mempunyai kerja tetap. Iaitu berkerja makan gaji. Maka teknik promosi biasa yang menyusahkan dan memerlukan masa adalah bukan yang terbaik.Jadi tidak hairanlah mengapa mereka sangkut di tengah jalan dan akhirnya mood uantuk menjalankan perniagaan jatuh sekali gus statistik jualan anda juga jatuh.

Bagaimana saya mengetahuinya?

Kerana saya juga mempunyai masalah sama seperti anda. Walaupun saya sepenuh masa menjalankan perniagaan di internet tetapi dengan pelbagai komitmen saya kepada keluarga dan juga perniagaan fizikal yang saya jalankan ia menyukarkan saya memberi fokus sepenuhnya dalam mempromosi produk-produk saya.

Bagaimana Teknik Promosi Mudah ini terhasil...

Oleh karana menyedari permasalahan dalam melakukan promosi saya mula tertanya-tanya apakah masalah yang sebenar? Jadi saya dapat simpulkan beberapa masalah seperti:
  1. Teknik promosi selama ini adalah teknik yang lama
  2. Masa yang perlu diperuntukkan untuk membuat promosi terhad
YA! MASA!...Masa adalah satu masalah kepada kita. Cuba anda bayangkan anda masih bekerja sedangkan dalam masa yang sama anda terpaksa memberi komitmen kepada keluarga anda apabila anda pulang dari kerja. Anak-anak perlu diberi perhatian sepenuhnya sedangkan anda hanya mempunyai masa malam yang terhad untuk beri perhatian kepada keluarga anda. Jadi bila masanya anda melakukan promosi?..
Ok katakan anda peruntukkan 1 jam setiap hari. Andaikan anak-anak anda tidur pada pukul 10 malam, jadi anda peruntukkan masa dari pukul 10 malam hingga 11 malam. Berapa banyak teknik promosi yang anda boleh lakukan? Mungkin 1 atau dua sahaja teknik promosi yang anda dapat lakukan. Anda tidak boleh tidur lewat sebab keesokan paginya anda terpaksa pergi bekerja dan seterusnya rutin harian anda berulang.
Satu-satunya produk yang dapat menyelesaikan masalah anda ialah...

Teknik Promosi Mudah

teknik
 promosi mudah
Setelah sekian lama saya membuat kajian dan carian bagaimana memudahkan teknik promosi akhirnya saya dapat kumpulkan teknik-teknik terbaru dalam melakukan promosi.
Ia adalah teknik promosi yang sama tetapi dengan menggunakan tools, softwares dan teknik mudah yang sesuai agar ia dapat menjimatkan masa. Sekarang saya akan kongsikan dengan anda tools dan softwares tersebut dalam ebook ini.
Sebelum ini saya ada mengeluarkan beberapa produk informasi. Dengan menggunakan teknik-teknik dalam 'Teknik Promosi Mudah' ini saya dapat meletakkan website-website perniagaan saya pada 1st page dan ranking pertama dalam Google. Ini screen shot website-website perniagaan saya. 

http://www.mykit.info/teknikpromosi/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar